ICONIC FOOD IN MALAYSIA

1) Mee Kolok

Apabila melancong ke negeri Sarawak, sudah pasti kita akan disyorkan untuk merasa sesuatu hidangan yang popular hingga selalu menjadi sebutan masyarakat tempatan kepada orang luar. Antara hidangan yang selalu menjadi sebutan masyarakat di negeri Sarawak ialah kek lapis Sarawak, ambuyat, dan mee kolok. Kek lapis, ambuyat dan ayam pansuh bukan sesuatu yang asing bagi masyarakat tempatan kerana makanan tersebut ialah merupakan makanan tradisi oleb setiap budaya. Namun, ia agak berbeza dengan Mee Kolok. Hal ini kerana, Mee Kolok yang disebut mee kampua bukanlah berasal dari negeri Sarawak akan tetapi ia merupakan makanan yang telah dibawa oleh masyarakat kaum cina yang telah berhijrah ke Sarawak. Oleh itu, Mee Kolo banyak dihidangkan di kedai masakan cina. Mee kolok atau sinonim dengan ‘mi rangkai‘ atau mi kering. Rangkai ialah bermaksud kering dalam bahasa Iban. Akibat Mee Kolok cukup populardi Sarawak, cara hidangannya juga telah berubah dan telah menjadi pilihan masyarakat Melayu. Kebiasaannya Mee Kolok akan dihidangkan dengan kuah sup dan kicap. Selain itu juga, mee ini dimasak kosong tetapi akan ditambah dengan hirisan daging pada hidangan. Bagi yang pertama kali mencuba Mee Kolok, sudah pasti mereka dapat merasakan keunikan dan keistimewaan mee tersebut kerana kebanyakkan tukang masak menggunakan mee yee (yee mee). Antara bahan untuk memasak mee kolok ialah, satu bungkus mee kolok, daun bawang dipotong halus, daun sup, hirisan daging atau ayam, bawang merah, kicap manis, kiub pati lebu dan cili padi yang dikisar untuk dijadikan sos.

2) Nasi Kerabu

Kelantan merupakan negeri Pantai Timur yang terkenal dengan budaya serta pelbagai jenis makanan yang menjadi pilihan pelancong. Negeri Kelantan juga umpama syurga makanan. Jadi, tidak hairanlah negeri ini menjadi tempat tumpuan pelancong kerana terdapat pelbagai jenis makanan yang menarik begitu juga dengan hasil kraf tangan. Antara salah satu makanan yang wajib dicuba ketika datang ke negeri Kelantan ialah nasi kerabu. Kalau melancong ke Kelantan, sangat rugi kalau tidak makan nasi kerabu. Namun, nasi kerabu bukan sahaja hanya terdapat di Kelantan malah ia telah banyak diperkenalkan di setiap negeri. Hal ini kerana, nasi kerabu menjadi sebutan orang ramai akibat keistimewaan cara hidangannya. Antara restoran nasi kerabu yang terkenal di Kelantan ialah Lieniey Nasi Kreabu Tumis yang terletak di Jalan Abdul Khadir Adabi, Kota Bharu Kelantan. Restoran ini sangat terkenal kerana sesiapa sahaja yang berkunjung ke negeri Kelantan sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk ke restoran tersebut. Resoran Lieniey Nasi Kerabu sangat popular hingga tempat tersebut sentiasa dibanjiri oleh pelanggan dari awal pagi. Keistimewaan utama menu di restoran tersebut ialah nasi kerabu ala Golok dan jenis sambal yang digunakan. Selain itu juga, restoran ini turut menyediakan pelbagai aneka lauk-pauk yang sesuai untuk dihidang bersama nasi kerabu. Oleh itu, nasi kerabu ala Golok ialah menjadi makanan ikonik kepada restoran ini kerana terdapat perbezaan dan keistimewaannya daripada resoran yang lain.

Nasi Kerabu

3) Bosou Sabah

Bosou atau Tonsomon. Bosou merupakan makanan sampingan tradisional bagi suku kaum Kadazan Dusun. Biasanya bosou ini dihasilkan dari ikan Kepayang, ikan Sungai, daging babi, nasi, tuhau, lada putih, halis, rebung muda, pangi dan penyedap rasa.

Menurut sejarah, pada zaman dahulu mereka mencipta makanan bosou kerana tidak ada peti sejuk, jadi hasil buruan mereka seperti ikan sungai akan d jeruk ditambah dengan garam dan pangi untuk memberikan haruman yang sedap. Kemudian mereka pun mencampurkan nasi pada jeruk ikan yang dinamakan sebagai tonsomon atau bosou. Rasa bosou ini masam, masin dan mempunyai aroma tersendiri, namun bukan semua orang boleh menerimanya.

Hidangan ini menggunakan ikan sungai atau ikan air tawar, kemudian dicampurkan bersama-sama nasi. Masukkan semua bahan2 membuat bosou dalam balang kaca atau dalam tajau dengan rapat agar udara tidak dapat memasukinya. Supaya, bosou tersebut tidak dihinggapi lalat. Setelah itu tunggu selama 2 minggu atau 3 minggu baru boleh dihidangkan. Ketahanan bosou ini bertahan selama enam bulan atau setahun, semakin lama ia dijeruk semakin sedap rasanya. Namun penjagaan makanan ini perlu dijaga dengan rapi agar tidak berulat

Bosou Sayur Sabah

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started